Tak ramai orang yg nak membincangkan lebih detail tentang penyakit buasir ni, mungkin mereka malu. Saya harap tulisan ini dapat memberi idea tentang kaedah rawatan buasir terkini di Malaysia, tahap penyakit buasir, kos rawatan, langkah2 rawatan & selepas rawatan. Semoga mereka yg menghidap penyakit ini ada idea tentang pilihan2 rawatan yg mereka ada & apa yg akan mereka lalui. Harap memberi manfaat pada semua...
Baru2 ni ada seorang kenalan kena buasir atau dalam bahasa saintifiknya 'hemorrhoid'. Dia bertanya pada doktor A & doktor A menyarankan agar dia menjalani rawatan 'rubber band' manakala doktor B pula menyarankan agar dilakukan rawatan stapler. Kaedah manakah yg terbaik? Untuk itu kita kena faham dahulu '4 stages of hemorrhoid' atau '4 tahap buasir'.. Sila lihat gambarajah di bawah ye..
Stages2 ini di tentukan mengikut tahap kebengkakan pada dinding usus. Untuk stage 1 & 2 bengkak tu masih belum besar jadi memadai dengan memasukkan pil utk mengurangkan bengkak tersebut. Anda juga boleh masukkan balik setiap kali lepas buang air. Untuk stage 3 & 4 pula boleh gunakan kaedah rubber band atau stapler. Pada tahap ini ada pesakit yg bila buang air besar di sertai dgn darah & kadang2 nak kentut pun rasa takut. Nak masukkan balik pun dah tak boleh dah hu.. hu..
Kaedah Rubber Band
Bengkak itu dah besar jadi bayangkan doktor gunakan getah utk mengikat bengkak itu utk mematikan salur darah & seterusnya mengecutkan bengkak. Selepas beberapa hari prosedur ini getah ini akan tanggal dgn sendirinya. Masalahnya dgn kaedah ini ialah ianya tidak menyembuhkan bengkak itu secara 100% jadi pesakit mungkin harus menjalani kaedah ini sekali lagi
Kaedah Stapler (ini yg terbaru)
Menurut doktor kaedah ini yg paling kurang sakit berbanding yg lain2. Dimana alat dibawah ini dimasukkan & bengkak @ lebihan daging akan dipotong. Sebaik sahaja potongan dibuat luka akan di 'stapler' jadi luka tak perlu dijahit manakala lebihan daging tadi di hantar ke makmal utk di analisa. Luka baik nnt stapler tu akan tanggal sendiri
Oleh kerana kenalan saya ni dah beberapa kali pergi klinik biasa atas sbb penyakit yg sama & dah tak daya nak melayan buasir yg mengganggu kehidupan harian dia mengambil keputusan utk membuang terus buasir tu dgn kaedah stapler. Lagi pun doktor kata tak sakit macam dulu2 sbb stapler di dalam, dulu2 guna kaedah manual di mana bengkak tu dibuang dari luar & luka pun diluar jadi bayangkan sakitnya bila nak buang air besar hu.. hu.. Orang yg dah bersalin normal tau la macam mana rasanya bila nak buang air lepas bersalin kan?
Bayaran
Kaedah ini dilakukan di Tropicana Medical Centre & bayaran utk keseluruhan rawatan dari hari pertama masuk hospital hingga keluar hospital adalah dalam RM8,000. Kenalan saya bernasib baik sbb insurans syarikat 'cover' utk buat rawatan ni jadi cuma tandatangan borang & balik siapkan diri aje. Kat hospital lain tak pasti pula kaedahnya, mungkin kena uruskan sendiri 'Guarantee Letter' tu so kena tanya hospital yg anda nak dptkan rawatan tu ye
Kaedah Rawatan utk Stapler ni
4 ptg ~ Masuk wad
5 ptg ~ Masuk ubat punggung utk buang air besar sbb jam 2 ptg keesokan harinya perlu buat scope utk memeriksa usus & dah alang2 buat scope tu terus scope perut sekali sbb kenalan saya ni juga ada gaktrik
5 ptg - 12 mlm ~ Kena minum 1 jag air yg diberikan utk bersihkan @ kosongkan usus sbb nak buat scope nnt. Doktor tak nak ada najis dlm usus
12 mlm - 2ptg ~ Kena puasa, tak boleh makan dah
2 ptg - 6 ptg ~ Diberi ubat pelali seluruh badan & dimulakan dgn scope usus & perut. Selepas itu diikuti pula dgn kaedah stapler
7 ptg ~ Sedar dari ubat pelali & dah boleh makan seperti biasa
Keesokan harinya keluar dari hospital & stapler tu kita boleh bawa balik. Btw, mmg boleh guna sekali je pun stapler tu...
Selepas stapler
Rasa tak selesa cuma beberapa hari aje sbb bekas stapler tu akan rasa mcm bengkak juga jadi pastikan anda gunakan ubat sub utk kurangkan bengkak yg doktor bagi tu. Dapat la MC 2 minggu & jumpa doktor utk pemeriksaan susulan selepas itu. Menurut doktor sesetengah pesakit ada yg seminggu je MC pastu dah boleh kerja. Masa rawatan susulan tu doktor akan bagi keputusan makmal tentang lebihan daging tu berserta laporan scope perut. Dah nama pun stapler & luka pun di dalam maka berpantanglah seperti orang dlm pantang @ lepas pembedahan ye
Alhamdulillah kenalan saya dah pulih & setakat ini tiada side effect dari kaedah ini. Ada orang rasa malu nak dptkan rawatan tp bila dah sakit tu serah diri aje la kat doktor tp pastikan anda dapatkan rawatan yg betul ye. In this case kenalan saya jumpa 2 orang doktor supaya dia boleh memilih kaedah rawatan buasir yg terbaik. Harap entri ini dpt memberi manfaat pada semua ye...